
Mungkin kerana tersalah mengambil makanan perut Ustaz Alias kembali sakit, mungkin kesan daripada air gas yang diminumnya semalam.Sekarang dia terlantar dirumah kerana sakit. Semasa penulis menziarahi beliau,beliau tidak dapat bangun tetapi nampak ceria.Malam ini beliau akan berangkat ke Kota Bharu untuk rawatan susulan.Kita doakan agar beliau cepat sembuh dan dapat menempuh perjuangan yang belum pasti bila akan selesainya.Nasihat untuk beliau tolong jaga makanan awasi budu dan seumpamanya dan jangan ikut selera mulut nanti perut binasa.


Beberapa orang guru sedang mengziarahi beliau termasuk ketua bidang Puan Furaidah.Ketawa riang beberapa orang cikgu membuatkan Ustaz nampak ceria....

Pelajar-pelajar dan berapa orang guru sedang solat hajat supaya Allah memelihara kesihatan ustaz Alias yang diimani oleh Ustaz Razali Bachok



Kepada semua pelajar yang sedang mengikuti blog ini sama-samalah kita berdoa agar dia cepat sembuh...Amin
Dicatat Oleh Blogger : Ustaz Hussin Sulong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan