Soalan:
Assalammua'laikum,
Berbagai pendapat berkenaan dibolehkan atau tidak niat iktikaf dan sunat tahyatal masjid di surau. Sedangkan tiada sembahyang jumaat diadakan. Adakah pahalanya sama dengan iktikaf dimasjid.
Harap Ustaz dapat beri penjelasan dengan lebih terperinci.
Jawapan:
Dalam masalah ini sebenarnya ada berlaku khilaf dikalangan ulamak2 fiqh. Setengahnya berkata dengan tidak harus niat iktikaf didalam selain banggunan yang dijadikan masjid. Inilah pendapat yang mashur dalam mazhab syafie kerana ketika mula dibangunkan tuan punya boleh berniat adakalanya diniatkan mendirikan masjid maka jadilah bangunan tersebut sebagai masjid dan jika diniatkan surau sahaja maka jadilah banggunan tersebut sebagai surau dan tidaklah ada padanya hukum2 masjid seperti iktikaf.
Dan setengahnya lagi berkata surau adalah sama dengan masjid sekalipun tidak dikerjakan padanya solat jumaaat.
wallahua'lam
Tajuk: Binaan Atas Kubur
Soalan:
setahu saya, haram mmbuat binaan di atas kubur... bagaimana pula pengunaan petak relung yang tertulis nama si mati padanya...
Jawapan:
Asalnya haram membuat binaan diatas kubur jika tanah kubur itu bukan milik persendirian. Kebanyakkan ulamak mengharamkan membuat petak simen yang banyak dibina diperkuburan sekarang ini.
wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan