22 November 2009, SMK Tun Mamat.
Salam sejahtera salam pembuka bicara. Buat pengetahuan semua pembaca yang rata-rata merupakan seseorang yang rapat dengan SMK Tun Mamat dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa Ustaz Alias Bin Rani telah pun selamat menjalani pembedahan akibat Apendik. Pada dasarnya penyakit beliau amatlah kritikal. Namun dengan berkat doa serta keazaman yang tinggi pada diri beliau, Allah telah memberikan beliau kesihatan yang semakin baik dan pulih. Walaupun pada hari terakhir persekolahan beliau mengalami sedikit masalah usus terlipat, namun dimaklumkan bahawa keadaannya semakin baik dan stabil.
Begitu juga dengan Ustazah Khomsah Binti Talib yang mengalami pendarahan semasa hamil 3 bulan. Namun berita yang tepat dan terkini gagal diperolehi. Apa pun jua keadaan mereka berdua marilah sama-sama kita doakan mereka agar segera sembuh dan sihat demi menabur bakti pada Ilahi. Amin...
Melaporkan dari lokasi,
Ustaz Abdul Razali
Kita harapkan ustaz Alias cepat sembuh sebab perjuangan beliau masih panjang lagi walaupun beliau nampak montok sikit ok....Inilah cubaan yang sedikit dari Allah ..amin
BalasPadam