BANJIR DI MEKAH SEKITAR MASJID AL HARAM...DUNIA SUDAH TUA

PERISTIWA YANG BERLAKU UNTUK RENUNGAN SEMUA...ADAKAH ALLAH RESTU KEHIDUPAN KITA HARI INI ?????

Puasa di hari wukuf - besar ganjaran nya !"Anda mahu satu perniagaan yang amat menguntongkan? Berlumba2 lah mengejar kuntongan Dalam sebuah hadith riwayat dari Muslim :

Rasulullah SAW menyatakan puasa pada hari wukuf menghapuskan dosa2 di tahun yang lalu dan yang akan datang.


BALA PALING DASYAT WAKTU INI..........Dari jarak 12km ke puncak Merapi, gelegar gunung berapi itu sudah kedengaran seperti helikopter di atas kepala pada Khamis malam, sebelum ia mengamuk dengan letusan paling dahsyat sejam

kemudian.

Gemuruh Merapi yang sangat luar biasa itu telah memeranjatkan seluruh penduduk kawasan penempatan Surowono menyebabkan mereka bergegas meninggalkan rumah masing-masing menyelamatkan diri pada dini hari Jumaat...LINK


INILAH WAJAH-WAJAH MANUSIA YANG MERUNTUHKAN RUMAH ALLAH...NAMANYA ISLAM..AKHIRNYA TUMBANG KERAJAAN TOYOL DI SELANGOR..MEREKA INI SEMUA AKAN DISUMBAT KEDALAM NERAKA....RUMAH ALLAH HARAM DIROBOHKAN.
VIDEO 1
VIDEO 2


Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan enam keadaan yang mana seseorang itu dibenarkan oleh Islam untuk mengumpat dan menyatakan kejahatan atau keburukan orang lain:
  1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah ataupun pihak yang berautoriti agar kezaliman dapat dibanteras.
  2. Perbuatan mengumpat dan mendedahkan kesalahan adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran: "Si Fulan melakukan kemungkaran. Maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.
  3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"
  4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.
  5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya secara terang-terangan. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat tentang kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang.
  6. LINK MARAH


PENGHINAAN NAMA NABI s.a.w PADA PAKAIAN BUSANA MUSLIM ALA YAHUDI

PENGHINAAN NAMA NABI s.a.w PADA PAKAIAN BUSANA MUSLIM ALA YAHUDI
PENTING : Arak alaf baru dan cara kesan kulit babi di kasut

AWAS JANGAN TERPEDAYA DENGAN BUSANA MUSLIM REKAAN YAHUDI

AWAS JANGAN TERPEDAYA DENGAN BUSANA MUSLIM REKAAN YAHUDI
BUSANA YANG HARAM DIPAKAI

WASIAT UNTUK REMAJA.....

Para remaja sekalian,
Kini kita berada di zaman serba moden, apalagi di zaman kalian akan datang; zaman setelah ayahanda pergi menemui Ilahi. Bukan sahaja corak dan sistem kehidupan serta peralatannya canggih, malah cara berfikir manusia pun semakin maju dan menerawang kepada idea-idea baru. Manusia semakin meminggirkan ilmu dan amalan agama.....LINK SATU.. LINK DUA

LINK TERPILIH..

Beberapa Hal yang Membatalkan Puasa...LINK

Malam Jum’at Baca Surah Yasin Atau Al Kahfi?...LINK

PAKAIAN ADALAH IBADAH....LINK
Kambing berwajah manusia...LINK
Bergambar dengan bapak kambing...LINK
Mak bapak yang sengal..LINK
Israel Develops Military Robot Snake
...LINK VIDEO
CERITA HAL DUBAI..NEGARA TAK SEDAR DIRI..KERANA TERLALU KAYA
Kereta untuk di buang di Dubai..Kaya Sangat .....LINK
Dubai nak bina ‘berhala’ tertinggi di dunia..Apa Nak Jadi Ni..Dah Syirik.. LINK
Jumlah kelahiran anak tidak saf taraf di Terengganu membimbangkan..APA NAK JADI TERENGGANU NI...MB GILA KE TAK HIRAU RAKYAT....LINK
Bayi berbalut akhbar ditinggal depan kedai...Hai Apa Nak Jadi....LINK
Krisis Kependidikan Masa Kini....LINK

Hutang lumpuh dibayar lumpuh.....LINK


......................

....Melihat kepada dunia sekarang, wanita-wanita Islam tidak mengambil berat soal aurat mereka. Pemakaian mereka ada kalanya tidak dapat dibezakan dengan wanita-wanita barat. Bahkan ada yang lebih teruk dari segelintirnya. Tetapi tidak ketinggalan juga bagi yang memakai tudung. Cara pemakaian tudung mereka tidak menepati apa yang dituntut oleh Islam. Antara kesalahan yang dilakukan adalah :KLIK UNTUK INFO
....Raja Dr. Nazrin Shah yang menyebut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Dalam ucapan baginda turut menyebut, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009...APA CERITA BUDAK-BUDAK MELAYU ISLAM..SIBUK DENGAN SEKS...NAFSU...HIBURAN..DADAH...ORANG NAK RAMPAS NEGARA TAK SEDAR...INSAFLAH
...Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan...LINK

.....Nabi Muhammad S.A.W. diperintahkan Allah menceritakan kisah seorang Ulama’ yang juga Wali Allah bernama Bal’am ibnu Ba’ura (nama yang disebut menurut riwayat Ibnu Abbas) dari kalangan Bani Israel yang hidup di zaman Nabi Musa aliahissalam yang sangat mustajab doanya.

Dia termasuk salah seorang yang diberi ilmu tentang Ismul A’zham (Nama Allah Yang Paling Agung). Setiap kali menyampaikan kuliah, seramai 12 ribu ulama’ menimba ilmu agama darinya...KLIK Untuk Info ILMU


"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
LINK UNTUK BACA

SURAH AL-KAHFI: UBAT JARUM BISA DAJJAL

Maksud sabda Rasulullah sallallahualayhiwasallam:

Sesiapa yang membaca surah Al-kahfi sebagaimana ianya diturunkan, maka orang itu akan terpelihara dari tipu daya Dajjal. [Hadith]

Kenapa Surah Al-Kahfi?

Syeikh An-Nadwi dan Sayyid Qutb berpandangan bahawa, Surah Al-Kahfi membawa mesej yang cukup besar dalam memperbetulkan sistem pemanduan pemikiran manusia. LIHAT, FIKIR dan PERCAYA. Itulah intipati Surah Al-Kahfi.


AGEN PEMBAWA KEPADA ZINA

Apa nak jadi akhlak Pelajar Hari Ini...Oh Sistem Pendidikan Ku-Klik Untuk Berita

Apa nak jadi akhlak Pelajar Hari Ini...Oh Sistem Pendidikan Ku-Klik Untuk Berita
SAMPAI BILA PERUNTUHAN INI AKAN BERLANJUTAN...DI MANA MENTERI-MENTERI/ULAMAK/MUFTI

Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak kanak-Macam-macam

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah YAHUDI)

HUKUM MEROKOK DALAM ISLAM..LINK

HUKUM MEROKOK 2


KANSER SERVIK & PAYU DARA"..WANITA WAJIB BACA..TAU TAK PUNCANYA...KLIK UNTUK BACA DAN BERUBAH

COCA-COLA/PEPSI...KENAPA HARAM BELI DAN MINUM...LINK SINI..HIDUP JANGAN SELALU KENA TIPU

BODOHNYA ORANG MALAYSIA..COCO COLA UNTUK DIMINUM..BACA ARTIKEL DI BAWAH UNTUK APA??JANGAN JADI BODOH UNTUK SELAMA-LAMANYA...

Untuk membersihkan toilet :
Tuangkan SEDIKIT Coca-Cola ke dalam toilet.
Tunggu sejam, kemudian siram sampai bersih. Asam sitric dalam Coca-Cola menghilangkan noda-noda dari KOTORAN

Untuk membersihkan karburator kereta :
Campur sedikit Coca-Cola ke dalam karburator.
Panaskan mesin 15-30 menit.
Sejukkan mesin, setelah itu buang air karburator.
Anda akan melihat karat yang rontok bersama air tersebut.

Untuk menghilangkan titik-titik karat dari bumper chrome kereta :
Gosok bumper dengan gumpalan alumunium foil yang direndam dalam Coca-Cola .

Untuk membersihkan korosi dari terminal aki kereta :
Tuangkan sedikit Coca-Cola di atas terminal aki untuk membersihkan korosi.

Untuk melonggarkan baut yang berkarat :
Gosokkan kain yang direndam dalam Coca-Cola pada baut yang berkarat .

Untuk menghilangkan noda-noda lemak pada pakaian :
Tuangkan sedikit Coca-Cola ke dalam tumpukan cucian yang bernoda lemak, tambahkan detergent, dan putar dengan putaran normal. Coca-cola/Pepsi akan menolong menghilangkan noda lemak Coca-Cola juga membersihkan kabut pada kaca depan mobil.

Bahayanya Coca-Cola-Clik Untuk Tengok

COCA-COLA SEBAGAI PEMBERSI TOILET


Artikel Wajib Baca: Coca Cola Dan Zionis Israel



...ZINA BERLELUASA HARI INI... BALA TURUN DARI ALLAH...KERANA KEANGKUHAN MANUSIA

Daripada Maimunah Radhiallahu anha, Isteri Rasulullah Saw berkata: “ Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik sanadnya).

Lihatlah angka berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Bagaimana yang belum dilahirkan tahun1999 dan sebelumnya? Pada 2007 sahaja ia mencatatkan seramai 16,100 orang anak luar nikah didaftarkan di JPN dikalangan orang Melayu manakala pada 2008 seramai 16,541 orang dan pada tahun 2009 jumlah tersebut makin meningkat seramai 17,303 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara iaitu purata 47 orang sehari. Siapa mereka ini. Inilah anak-anak 1 malaysia.

Anak 1 Malaysia. Teruk pada Abu Jahal. Lebih Teruk pada Firaun.

Pelajar bersalin dalam tandas..Apa nak jadi sekolah sekarang

Beranak Dalam Tandas, Lagi Contoh Sistem Pendidikan Gagal



BEGINILAH JADI KALAU ZINA BERLELUASA

Ya Allah Apa nak jadi ni !!!!!!!!!
TUTUP PINTU KEPADA ZINA..SELESAI MASALAH
Pintu-pintu kepada zina hendaklah ditutup untuk menangani kes pembuangan
bayi. Drama-drama, novel-novel, majalah dan sebagainya hendaklah dikawal
agar tidak menyebarkan budaya yang menggalakkan budaya coupling, dating
dan lain-lain.

Pertama: Menundukkan pandangan. Allah berfirman:  Katakanlah (ya
Muhammad) kepada lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan
mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci
bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakkan.
Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka
menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur:
30-31].
Kedua: Menjaga tutur kata dan pendengaran. Ini termasuklah menjauhi
berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang munasabah. Apatah lagi
untuk bergurau sendai hingga membuat lawak-lawak lucah.
Ketiga: Menjauhi bersentuhan dengan bukan mahram. Sabda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wassalam : Ditusuk kepala seorang lelaki dengan jarum
besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal
baginya [Sahih al-Jami, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih].
Keempat: Tidak keluar dengan bukan mahram. Umat Islam di zaman
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini hatta
ketika di jalanan.

Keempat: Tidak keluar dengan bukan mahram. Umat Islam di zaman
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini hatta
ketika di jalanan.

Kelima: Tidak berdua-duaan. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam:
Tidaklah berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya
adalah syaitan [Sunan at-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib].


JAHANNAM ISRAEL

Hadis Macam-Macam "Kelak akan datang dari umatku,mereka akan makan bermacam-macam makanan, pakai bermacam-macam pakaian, banyak bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu apa yang sebetulnya, maka itulah seburuk-buruk umatku" Hadis Riwayat-Thabrani dan Ibnu Majah-Renungilah Untuk Hari Esok...........

27 November 2010

Oleh: bukitkeplu
" Dari Abu Umamah Al Bahili dari Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda: “Sungguh ikatan Islam akan terurai simpul demi simpul. Setiap satu simpul terurai maka manusia akan bergantungan pada simpul berikutnya. Yang pertama kali terurai adalah masalah hukum dan yang paling akhir adalah solat." (ref :Ahmad -21139)

Saudaraku,

Rasulullah SAW memperingatkan kita bahwa pasti akan berlaku diakhir zaman proses keruntuhan Umat Islam bermula dengan meninggalkan aspek hukum Islam atau hukum Allah sehingalah diabaikannya kewajiban menegakkan solat. Padahal kita menyaksikan dewasa ini bahwa kedua sempadan tersebut jelas telah diremehkan oleh majoriti ummat Islam.

Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Siapa yang meninggalkan syari’at yang diturunkan kepada Muhammad Ibnu Abdillah Shallallahu'alaihiWasallam penutup para nabi, malah ia cenderung kepada yang lainnya berupa hukum-hukum (Allah) maka dia kafir. Maka apa gerangan dengan orang yang berhukum kepada Ilyasa dan lebih mengedepankannya atas hukum Allah? Siapa yang melakukannya maka dia kafir dengan ijma kaum muslimin”. [ref :Al Bidayah Wan Nihayah: 13/119].

Lalu Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan lebih lanjut tentang tentang Kitab Yasiq/Ilyasa: “Ia adalah kitab undang-undang hukum yang dia (Raja Tartar, Jengis Khan) dicedok dari berbagai sumber; dari Yahudi, Nashrani, Millah Islamiyyah, dan yang lainnya, serta di dalamnya banyak hukum yang dia ambil dari pandangan dan keinginannya, lalu (kitab) itu bagi keturunannya menjadi aturan yang diikuti yang lebih mereka kedepankan dari pada al hukmu bi Kitabillah wa sunnati Rasulillah shalallahu ‘alaihi wasallam (berhukum kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam). Siapa yang melakukan itu, maka wajib diperangi hingga kembali kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, selainnya tidak boleh dijadikan acuan hukum dalam hal sedikit atau banyak”.

Saudaraku,

Berhubung dengan solat, Nabi Shallallahu'alaihiWasallam sangat menganjurkan agar kaum muslimin lelaki sedapat mungkin menegakkan solat lima waktu secara berjamaah di masjid kecuali jika ada uzur syar’i. Dan mereka yang tanpa uzur syarie meninggalkan solat berjamaah ke masjid dikaitkan dengan penyakit kemunafikan. Di antaranya kita dapati hadits berikut:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَإِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَصَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَالَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًاوَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِفَتُقَامَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيُصَلِّيَ بِالنَّاسِثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ إِلَى قَوْمٍلَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Solat yang dirasakan berat bagi orang-orang munafik adalah shalat isya` dan shalat subuh, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang sehingga shalat didirikan, kemudian kusuruh seseorang dan ia mengimami manusia, lalu aku bersama beberapa orang membawa kayu bakar untuk menjumpai suatu kaum yang tidak menghadiri solat, lantas aku bakar rumah mereka." (Ref Muslim : 1041)

Saudaraku,

Hadist ini dengan jelas mengambarkan betapa keras amaran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam agar setiap muslim menghadiri solat berjamaah di masjid. Bahkan beliau mengancam akan membakar rumah-rumah mereka yang sengaja tidak menghadiri solat berjamaah di masjid. Dan lebih daripada itu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menggambarkan bahwa mereka yang enggan sholat berjamaah di masjid merupakan golongan munafik.

Tidak hairanlah bilamana sahabat Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ’anhu sampai menyampaikan pendapat sebagai berikut:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُعَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata: "Menurut pendapat kami, tidaklah seseorang ketinggalan dari solat (berjamaah di masjid), melainkan dia seorang munafik yang jelas kemunafikannya (munafik tulen)." (ref : Muslim:1046)

Hari ini masjid dan surau tesergam indah disegenap pelusuk di bumi Malaysia namun hanya sebahagian kecil dikalangan kita hadir berjemaah dalam solat lima waktu.Persoalnnya adakah begitu banyak golongan munafik di kalangan umat islam hari ini ? Natijah dari itu maka tidak hairanlah majoriti Umat islam sendiri tidak yakin dengan Hukum Allah bahkan ada yang menolakknyadengan pelbagai alasan . Ini betepatan dengan Firman Allah telah menegaskan bahwa golongan yang paling keras menolak kembali kepada hukum Allah ialah kaum munafik. Wa na’udzubillah min dzaalika.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِرَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا

“Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.” (QS An-Nisa 61)

Kesimpulannya Menegakkan Daulah Islam ( Hukum Allah ) adalah satu kewajipan yang tidak dapat direalisasikan dikalangan majoriti umat Islam yang masih dibelenggu sifat munafik.Meremehkan ikatan islam pasti akan mengundang kemurkaan Allah.Jadi Bersamalah kita mengajak diri kita dan saudara-saudara kita menegakkan solat dengan sempurna kerana ia adalah perintis kearah menegakkan Daulah Islam .

"

09 Oktober 2010

Kisah Genius Islam Ibnu Sina..Ilmuan Islam

Oleh: blalang

"Ibnu SinaSemoga biografi ringkas Ibnu Sina ini boleh meningkatkan motivasi kita-kita semua dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya dalam kehidupan kita

Nama penuh beliau ialah Abu Ali al Husain ibn Abdullah ibn Sina dan lebih dikenali di masyarakat Eropah dengan sebutan “Avicenna”. Nama panggilan lain beliau selain Ibnu Sina adalah Abu Ali. Beliau adalah salah seorang genius yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu.

Beliaulah orang yang membuat ensiklopedia terkemuka dan pakar dalam bidang agama, perubatan, falsafah, logik, matematik, astronomi dan muzik. Selain itu beliau juga seorang pustakawan dan pakar psikiatri yang handal.

Ibnu sina dilahirkan di Afsyinah, sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukhara (Republik Uzbekistan) tahun 370 H / 980 M. Ayah Ibnu Sina adalah seorang gabenor Samanite yang ditugaskan di Bukhara. Beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmitan. Namun akhirnya beliau menetap di Afsyanah kerana berhampiran dengan tempat kerjanya. Sejak kecil beliau telah memperlihatkan kepintarannya yang cemerlang dan kemajuan yang luar biasa dalam menerima pendidikan. Ibnu Sina kecil yang tangkas mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun. Sejak usia lima tahun itu Ibnu Sina telah mendapatkan pendidikan al-Quran dan sastera dari ayahnya. Pada usia sepuluh tahun ia sudah hafal al-Quran, menguasai ilmu sastera, tasawuf, dan geometri. Belum genap usia 16 tahun, Ibnu Sina sudah menguasai ilmu perubatan. Semasa itulah dia bermula merawat pesakit. Segala kerja kerasnya selama ini berhasil. Ketekunannya dalam mempelajari pelbagai disiplin ilmu menjadikannya pakar dalam berbagai ilmu.

Kemudian nama Ibnu Sina mula dikenali ramai orang. Bahkan di negeri jiran pun, beliau menjadi bahan perbualan.Ramai orang dari negeri jiran datang berjumpa beliau untuk berbincang. Berduyun-duyun penduduk dari berbagai negeri datang untuk berguru dan berubat pada beliau. Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar demi mengembangkan keilmuannya. Walaupun selalunya dia tertidur kelelahan. Di usia 17 tahun, di tengah usahanya untuk menyembuhkan penyakit baginda Nabi Nuh bin Mansur, ia terus mengembangkan ilmunya. Sebagai penghargaan raja atas jasanya yang berjaya menyembuhkan raja. Baginda meminta Ibnu Sina menetap di istana, sekurang-kurangnya untuk sementara semasa raja dalam proses penyembuhan. Tapi Ibnu Sina menolaknya dengan halus, sebagai gantinya ia hanya meminta izin untuk mengunjungi sebuah perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Siapa sangka, dari sanalah ilmunya yang luas ditambah lagi semangat belajarnya yang tinggi. Ia tidak pernah melewatkan waktu sedikitpun untuk bermalas-malasan. Beberapa karyapun telah dilahirkan. Selama 1,5 tahun Ibnu Sina jarang tidur, penuh dengan berbagai ilmu dan analisa. Semangat belajarnya kuat sekali. Ibnu Sina selalu memikirkan ilmu yang sedang dipelajarinya sampai ia memahaminya. Ibnu Sina tidak hanya belajar teori tetapi juga mempraktikkannya. Pengalaman ilmunya terhadap apa yang dipelajari semakin luar biasa.

Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar. Ilmunya semakin matang dan mendalam. Pada usia 21 tahun, Ibnu Sina berjaya membuat buku pertamanya, Al-Majmu ‘ketika berada di Khawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Beliau menyelesaikannya berdasarkan semua disiplin ilmu yang dipelajarinya. Ketika terjadi kekacauan di Kerajaan As-Samani, Ibnu Sina mula melakukan pengembaraan. Beliau keluar dari Bukhara menuju Karkang. Dari situ beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Namun demikian, pada akhirnya Ibnu Sina meninggalkan kedua-dua negara tersebut menuju ke Dahastan. Setelah itu, Ibnu Sina kembali ke Jarjan dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan, Ibnu Sina menjadi menteri sebanyak dua kali. Meski demikian, beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar, dan mengarang. Malam hari, beliau mengajar dan pagi hari beliau bertolak ke pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan. Buku yang ditulis Ibnu Sina lebih kurang 250 judul, termasuk kitab, esei, dan artikel dalam bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, perubatan dan falsafah.

“>Ibnu Sina

Buku-buku yang pernah dikarang oleh Ibnu Sina, dihimpun dalam buku besar Essai de Bibliographie Avicenna yang ditulis oleh Pater Dominician di Kaherah. Karya-karya beliau semasa hidupnya antara lain:

1. Kitab Al Majmu ‘, tentang ilmu pengetahuan yang lengkap ditulis saat beliau berusia 21 tahun.
2. Kitab Asy-Syifa, (The Books of Recovery / The Books of Remedy), tentang cara-cara rawatan beserta ubatnya (18 jilid). Kitab ini di dunia perubatan menjadi ensiklopedia falsafah perubatan. Dalam bahasa latin kitab ini dikenali dengan nama “Sanatio”.
3. Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine). tentang cara rawatan yang sistematik (16 jilid). Memuatkan kenyataan yang tegas bahawa darah mengalir terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Buku ini sejak zaman Dinasti Han di China telah menjadi rujukan standard karya-karya perubatan cina.


Bab Mata dalam buku Qanun at thib.

4. Kitab Remedies for the Heart, mengandungi sajak-sajak. Mengandung sajak-sajak perubatan yang menghuraikan tentang 760 jenis penyakit beserta cara pengubatannya.
5. Kitab An Najah, tentang falsafah.
6. Penemuan tentang anatomi tubuh. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat unsur itu memberi sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung pada unsur lain yang terdapat pada alam ini.
7. Penemuan tentang rawatan psikomosaik. Beliau mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengetahui secara pasti keseimbangan emosi seseorang dalam beberapa saat.
8. Penemuan di bidang kimia tentang logam. Beliu menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain secara khusus. Setiap logam membentuk dengan sendirinya dengan pelbagai jenis. Beliau dianggap penerus dari perkembangan ilmu kimia yang telah dirintis oleh Jabir Ibnu Hayyan (Bapa Kimia Muslim Pertama).
9. Penemuan di bidang geografi tentang asal usul lembah.
10. Penemuan tentang peredaran darah. Beliau mendapati bahawa “Darah mengalir terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti.”
11. Kitab Fi Aqsamil Ulumil Aqliya (On the Division of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.Kitab An Nayat (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa (merupakan sebuah buku psikologi.
12. Kitab Risalah As Siyasah (Book of Politics) tentang politik.
13. Penemuan di bidang bahan perubatan.
14. Penemuan dalam bidang psikoterapi.
15. Kitab Al Musiqa, tentang muzik.
16. Kitab Al Mantiq, tentang logik. Buku ini dipersembahkan untuk Abu Hasan Sahil.
17. Kitab Uyun Al Hikmah (10 jilid) tentang falsafah. Ensiklopedio Britanica menyebutkan bahawa kemungkinan besar buku ini telah hilang.
18. Kitab Al Hikmah El Masyriqiyyin, tentang falsafah timur.
19. Kitab Al Insyaf tentang keadilan sejati.
20. Kitab Al Isyarat Wat Tanbihat, tentang prinsip ketuhanan dan sembahyang.
21. Kitab Al Isaguji (The Isagoge), tentang logik
22. Kitab Fi Ad Din (Liber de Mineralibus) tentang mineral.
23. Kitab Al Qasidah Al Aniyyah, tentang prosa.
24. Kitab Sadidiya, tentang perubatan.
25. Kitab Risalah At Thayr, tentang karangan roman.
26. Kitab Danesh Nameh, tentang falsafah.
27. Kitb Mujir. Kabir Wa Saghir, tentang dasar-dasar ilmu logik secara lengkap.
28. Salama wa Absal, Hayy ibn Yaqzan, al-Ghurfatul Gharabiyyah (Pengasingan di Barat) dan Risalatul Thayr (Risalah Burung).

Ibnu Sina

Karya Ibnu Sina Berupa Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine) telah digunakan sebagai buku teks perubatan di pelbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Perubatan Montpellier dan Louvin yang telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke-17 M. Sementara itu, Prof. Phillip K. Hitti telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Perubatan”. Buku ini telah membincangkan serta membahas tentang penyakit saraf. Arahan tersebut juga membahas cara-cara pembedahan yang menekankan tentang keperluan pembersihan luka. Bahkan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas disamping gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.

Penulis-penulis barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Perubatan” kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hipocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri, Ibnu Sina meninggal pada tahun 1073, semasa kembali ke kota yang disukainya Hamadhan. Walau beliau sudah meninggal, namun berbagai ilmunya sangat berguna dan digunakan untuk penyembuhan berbagai penyakit yang kini diderita umat manusia.

Beliau sudah tiada, tapi akan selalu menemani kita. Sekarang, kita harus meneruskan setiap karyanya. Jangan sampai kita hanya boleh bernostalgia dengan membaca sejarah beliau. Ikrarkan dalam hati bahawa “Kita boleh seperti beliau, beliau boleh begitu juga kita”. Jangan kita hanya kagum sahaja tapi kita tidak mahu menggali ilmu yang beliau tinggalkan. Sebab ilmu yang beliau tinggalkan tidak kita pergunakan dan kembangkan dengan baik. Malah, orang barat yang mengembangkannya. Sudah masanya kita bangkit dan kita capai kegemilangan islam dengan ilmu pengetahuan serta iman dan taqwa.

Posted @ www.isuhangat.net

"Tranungkite Sumber

11 September 2010

Rayakan Syawal, Jangan Tentang Usaha Nabi SAW

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar…
Lailaha Hilallah Wallahu Akbar,
Allahuakbar Walillahil Hamd.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).

Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.

Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyyahkan melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT. Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertaqwa kepada Allah SWT.

Allah SWT juga menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi Petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.

Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.

Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.

Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.

Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas ke negerian. Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegakkan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.

Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SAW dengan menyebut ‘Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar’ dan Allah sahaja Yang Maha Besar. Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut, “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.

Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain. Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah”.

Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain. Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan semangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah, “Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.

Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan, “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Sekian.


SUMBER TRANUNGKITE

19 Ogos 2010

10 Keutamaan Orang Yang Berpuasa

Oleh: asshafiee

"Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki (lihat gambar) mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah
Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.


Kata Nabi dalam satu haditsnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).
Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kokoh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). Rasul menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).

Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik. Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”

Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.

Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit. “Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Abuya menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh.

Menurut kerangka berpikir Abuya, puasa ialah fasilitas kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).

Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat pawai arak-arakan neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).

Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan, tegas Abuya, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakoni (makan, minum, mendatangi istri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Sembari mengutip Al Quran pula, Abuya mencoba menganalisa surah Az Zumar ayat 10: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Dzat Yang Maha Pemberi, Allah swt.

Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktifitas orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”

Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama persis dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi bertutur seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meski hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la).

Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya.

Sumber Tranungkite

31 Julai 2010

Persiapan Ramadhan...Wahai Pelajar

Oleh: wiraislam

"

Tak sampai dua minggu lagi, ummat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadhan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut ni... Tentulah perlu ada persiapannya. Macam kita nak sambut YB datang ke tempat kita la kan... Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, persiapan yang macam mana tu? Itulah persoalannya.



Saya coretkan pada design di atas "Lakukanlah persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak."

Apakah persiapan fizikal?

Persiapan fizikal bukanlah kedarah, pulun habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut... Bertambah-tambah berkilogram berat badan!

Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Orang putih kata "warming up" atau "stretching" dulu sebelum masuk gelanggang. Ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Sya'aban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Sya'aban. Ramadhan memang la kena full sebulan... Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadhan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Dah la bulan lain tak banyak amalan kita. Yang ni... bulan yang digandakan... kita tak dapat buat juga... Apa yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?

Persiapan yang kedua ialah akal.

Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdhal di bulan ini... Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita... cerita Korea... Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak entah apa-apa... Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!

Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Saya lihat hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk '"highlight" buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadhan bakal tiba ini... Ada flyers khas senarai buku-buku berkaitan Ramadhan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadhan. MasyaAllah... Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadhan. Bukan saya dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.

Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.

Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamullail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajjud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sadaqah di bulan Ramadhan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.

Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira Ramadhan atau bukan Ramadhan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadhan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru, tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh kepada Allah S.W.T. Terus istiqamah untuk mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Sumber :Tranungkite

28 Julai 2010

Kita Pencuri

Oleh: IkangDukang

"Bagi ahli ibadah mereka mampu berjaga malam untuk sesi solat tahajud, berzikir dan bermunajat. Melalui sesi tersebutlah mereka melakukan perjalanan rohani dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perjalanan rohani ialah perjalanan diri dalam mengenali kekerdilan diri di samping memuja dan memuji kebesaran al-Khaliq.

Melalui perjalanan diri inilah terbentuknya apa yang dinamakan cinta hakiki iaitu cinta kepada Allah. Kita akan dapat rasakan betapa kasih Allah dan kasih kita terjalin erat. Bukankah tidak sempurna iman seseorang melainkan cintanya kepada Allah dan Rasul mengatasi kasihnya terhadap yang lain? Persoalannya ialah bagaimanakah perasaan cinta ini bukan hanya sedap sebut di mulut bagi orang awam yang kebanyakannya bukan ahli ibadah ini?

Setiap orang mestilah berusaha mencapai tahap ahli ibadat yang khusyuk dan pasrah. Setiap orang mestilah berusaha melazimi situasi ‘khauf dan rojab’ yakni ‘takut dan harap’. Khusyuk, pasrah, takut dan harap adalah proses untuk merealisasikan cinta akan Allah yang hakiki.

Namun begitu, mari kita berkongsi pengalaman ini. Sebelum kita mencapai tahap ahli ibadah yang terpuji di atas, marilah kita menjadi orang awam yang sedang ‘mencari’. Syarat asasnya ialah kita jangan tinggal solat lima waktu disusuli wirid dan doa yang lazim dilakukan. Ini adalah amalan biasa bagi orang kebanyakan macam kita. Aktiviti yang tak sampai 15 minit ini memadai sebenarnya untuk mencapai rasa cinta kepada Allah. Tetapi tanyalah diri sendiri, siapa yang terbentuk cinta hakikinya dalam amalan 15 minit setiap solat fardhu ini? Jawapannya tahulah sendiri. Mengapa?

Rahsianya ialah kita sebenarnya menjadi ‘pencuri’ tanpa kita sedari, ya tanpa kita sedari. Masa 15 minit yang kita khususkan untuk kewajipan solat dan diikuti wirid serta doa selepasnya sebenarnya kita curi daripada Allah. Bukankah masa 15 minit itu untuk Allah tetapi mengapa kita ambil lagi masa yang memang pendek itu untuk melayarkan hati kita kepada urusan dunia yang pelbagai ragamnya. Ketika solat kita tak khusyuk. Ketika wirid kita tak khusyuk dan ketika berdoa pun kita tak khusyuk. Lain yang kita sebut di mulut, ke destinasi lain pula hati dan minda kita belayar. Bukan dekatkan diri kepada Allah. Sudah duduk dalam majlis Allah pun, batin kita sanggup lari darinya. Ya kita sanggup lari dan memang kita melarikan diri daripada berhadapan dengan Allah. Memang jahat kita. Kita lari dari Allah dalam majlisnya. Kita curi masa bersama Allah.

Maaf saudara-saudari para pembaca yang budiman sekalian. Maaf kalau perkongsian saya ini bertolak daripada riak dan takabbur yang berselindung dalam batin saya. Yang utamanya saya mohon ampun dari Tuhan saya. Sekali Allah temukan saya dengan pengalaman batin hanya melalui proses 15 minit itu. Antara sekali-sekala saya terlalai dan terlepas daripada khusyuk, saya dapat menjalankan batin saya kepada Tuhan yang saya kasihi. Saya rasa bersalah betul, hina betul, kerdil betul dan saya zahirkan cinta saya kepada Allah. Saya merasakan tali cinta saya, saya sambungkan dengan tali cinta Allah. Saya ingat makna-makna bacaan, saya rasa nampak kebesaran Tuhan. Saya baca dan wirid dengan suara yang lembut. Oh alangkah bagusnya kalau kita sentiasa dapat melalui proses itu dalam setiap solat 5 waktu.

Pengajarannya ialah kita jangan curi masa yang memang telah kita peruntukkan untuk bersama Kekasih. Jangan kita larikan hati dan minda dari majlis bersama Kekasih. Cukup baik bagi kita orang awam sekiranya 15 minit yang singkat itu jiwa kita kekal bersimpuh dalam majlis bersama Kekasih. Usahakanlah wahai sahabat sekalian.

Sumber Tranungkite

10 Julai 2010

Mari Tegakkan Negara Islam, Iman, Ehsan

Oleh: musafir16

"Jika ada orang yang bertanya 'Apakah agama kamu?' maka kita akan menjawab 'saya beragama Islam'. Kita tidak akan menjawab 'Saya beragama Iman' atau 'Saya beragama Ehsan'. Islam Iman dan Ehsan adalah tiga sumber yang telah menjadi rukun yang mengesahkan agama seseorang itu. Tidak sah agama seseorang itu jika hanya mengambil salah satu daripada tiga sumber tersebut.

Jika Islam sahaja diambil, Iman dan Ehsan dibuang maka jadilah orang yang beramal zahir sahaja tanpa mengetahui kemana dan kepada siapa ia beramal. Walaupun nampak cantik zahirnya namun roh amalannya hampa, kosong. Begitu juga sebaliknya jika diambil Iman atau Ehsan sahaja dan meninggalkan Islam sama seperti orang yang tiada beragama kerana tiada nyata pekerjaan agamanya maka tiada sah jualah agamanya.

Islam Iman dan Ehsan telah menjadi Rukun Agama. Ulama mengistinbatkan ketiga-tiga rukun ini dari sebuah hadis nabi yang bermaksud, " Dari Umar r.a, beliau berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk di dekat Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul seorang laki-laki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Pada dirinya tidak tampak bekas dari perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Kemudian ia duduk di hadapan Nabi s.a.w, lalu merapatkan kedua lututnya ke lutut Nabi, dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya, kemudian berkata: ”Wahai Muhammad, terangkanlah kepadaku tentang Islam.” Kemudian Rasulullah s.a.w menjawab: ”Islam yaitu: hendaklah engkau bersaksi tiada tuhan yang haq disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah engkau mendirikan sholat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke rumah Allah jika engkau mampu mengerjakannya.””Engkau benar.” Kami menjadi heran, karena dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya. Orang itu bertanya lagi: ”Lalu terangkanlah kepadaku tentang iman”.”Hendaklah engkau beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya, hari akhir, dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir yang baik dan yang buruk.”Orang tadi berkata: ”Engkau benar.” Lalu orang itu bertanya lagi: ”Lalu terangkanlah kepadaku tentang ehsan.” (Beliau) menjawab: “Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihat engkau.” Orang itu berkata lagi: ”Beritahukanlah kepadaku tentang hari kiamat.” (Beliau) mejawab: “Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.” Orang itu selanjutnya berkata: ”Beritahukanlah kepadaku tanda-tandanya.” (Beliau) menjawab: ”Apabila budak melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang-orang Badui yang bertelanjang kaki, yang miskin lagi penggembala domba berlomba-lomba dalam mendirikan bangunan.” Kemudian orang itu pergi, sedangkan aku tetap tinggal beberapa saat lamanya. Lalu Nabi s.a.w bersabda: ”Wahai Umar, tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu ?”. Aku menjawab: ”Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Lalu beliau bersabda: ”Dia itu adalah malaikat Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kalian.”(HR. Muslim).

Sebahagian ulama meletakkan hadis ini sebagai Induk (Ibu) Sunnah kerana kesimpulan daripada keseluruhan sunnah nabi terhimpun kepada hadis ini. Maka selayaknyalah Jibril sendiri datang kepada jemaah sahabat-sahabat Rasulullah dalam rupa bentuk manusia demi mengajar tentang apa itu yang dikatakan agama. Ilmu mengenai agama sebenarnya sudah termaklum kepada Rasulullah s.a.w. Kalaulah Jibril tidak ditakdirkan datang kepada Rasulullah untuk mengajarkan Agama kepada para sahabat, sebenarnya batang tubuh Rasulullah itu adalah contoh Agama itu sendiri. Lihatlah betapa besarnya hadiah yang Allah Taala kurniakan kepada umat Muhammad dengan memperlihatkan wakilnya dari alam malaikat untuk mengajarkan Agama. Kalau wakil dari sebuah sekolah datang ke rumah membawa hadiah kepada kita mungkin itu perkara biasa tapi kalau wakil dari Kementerian Pelajaran datang ke rumah dan menyampaikan hadiah itu agak luar biasa dan sangat istimewa.

Islam Iman dan Ehsan adalah seperti satu anggota atau tubuh badan Agama. Kalau Agama itu kita ibaratkan sebagai satu orang manusia dan manusia itu mempunyai jasad, akal (hati) dan batin hati (roh qudus), maka begitu jualah Agama mesti ada Islam, Iman dan Ehsan. Kalau pada jasad manusia itu tempat zahirnya segala perbuatan manusia maka Agama itu mesti ada Islam tempat zahirnya segala pekerjaan syariat agama. Kalau pada manusia itu ada hati dan akal untuk membezakan atau memilih yang baik atau yang buruk, yang hak dan yang batil, yang qodim dan yang muhdis maka Agama itu mesti ada Iman yakni tempat menerima kepercayaan. Kalau manusia itu mempunyai Roh tempat menerima Amar Tuhan (suruh tuhan) maka Agama itu mesti ada Ehsan tempat penyaksian Zat, sifat, af'al dan nama-nama tuhan. Jadi yang dikatakan Agama itu bukan sekadar menyempurnakan pekerjaan syariat Islam semata-mata, malah mestilah disertai dengan ada kepercayaan atau pegangan i'tiqod yang benar dan mesti ada kesedaran serta penyaksian ketuhanan pada roh (jiwa).

Islam Adalah Simbol Agama

Mengapa bila disebut Agama hanya dirujuk kepada Islam sahaja yakni Agama Islam, tidak Agama Iman atau Agama Ehsan?. Islam Iman dan Ehsan saling memerlukan untuk membentuk Agama. Sudah diterangkan di atas bahawa Agama itu ibarat daripada satu anggota badan. Orang akan mengenal kepada seseorang itu ialah melalui rupa dan bentuk tubuh badan itu sendiri. Si Ahmad dapat dikenal dengan rupa dan bentuk badannya, berbeza pula dengan rupa dan bentuk si Zaid. Jadi orang akan mengenal satu-satu agama itu dari rupa bentuk zahir dan pekerjaan agama itu. Kalau Agama Islam mestilah di atas tanda pekerjaan syariat Islamnya yang membezakan dengan Agama Kristian, Buddha, Hindu contohnya. Ada pun Iman dan Ehsan tiada tanda khusus untuk dikenali. Iman dan Ehsan adalah syariat nabi yang batin, manakala Islam adalah syariat nabi yang zahir. Jadi Islam itu menzahirkan ketandaan seseorang itu beriman. Orang yang mengerjakan syariat Islam adalah orang yang menzahirkan ketaatan kepada agama. Orang yang taat kepada perintah agama adalah orang yang mempunyai keimanan dan ketauhidan pada umumnya. Masalah sekuat atau selonggar mana keimanan dan ketauhidan seseorang itu masalah lain. Yang penting apabila disebut agama Islam maka sudah tersimpul pada agama itu Iman dan Ehsan.

Rukun Islam, Rukun Iman Dan Rukun Ehsan

Bersumbarkan Hadis di atas apabila Rasulullah ditanya oleh Jibril "terangkanlah kepadaku tentang Islam.” Kemudian Rasulullah s.a.w menjawab: ”Islam yaitu: hendaklah engkau bersaksi tiada tuhan yang haq disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah engkau mendirikan sholat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke rumah Allah jika engkau mampu mengerjakannya.”

Telah muafakat sekalian ulama bersandarkan hadis tersebut meletakkan lima perkara yang disebutkan oleh Rasulullah itu telah menjadi rukun, maka ia disebut sebagai Rukun Islam. Hukum mempelajari perkara-perkara yang menjadi rukun dalam Islam ini menjadi Fardhu 'Ain kepada setiap mukallaf. Jadi ilmu bagi mempelajari tentang rukun Islam ini disebut sebagai Ilmu Fekah. Maka had mempelajari ilmu fekah ini ialah sekira-kira mengesahkan amal seseorang.

Setelah itu Jibril bertanya lagi kepada Rasulullah ”Lalu terangkanlah kepadaku tentang iman”. Rasulullah menjawab ”Hendaklah engkau beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya, hari akhir, dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir yang baik dan yang buruk.” Maka dengan sabda Rasulullah s.a.w mengenai iman ini telah diistimbat oleh para ulama bahawa Rukun Iman itu enam perkara sebagaimana sabda. Bila ia sudah menjadi rukun kepada dasar keimanan seseorang maka hukum mempelajari dan mendalami ilmu mengenai rukun iman ini menjadi fardhu 'ain. Adapun ilmu yang membicarakan perkara keimanan ini di panggil Ilmu Usuluddin atau Ilmu Kalam atau Ilmu Tauhid. Serta had mempelajari ilmu usuluddin ini ialah bagi mengesahkan keimanan serta mengesahkan i'tiqod atau pegangan seseorang.

Seterusnya Rasulullah ditanyai oleh Jibril mengenai Ehsan, maka Rasulullah menjawab “Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihat engkau.” Inilah dia intipati bagi segala amalan hidup beragama, yakni merasa seolah-olah melihat Allah dan merasa sentiasa diawasi oleh Allah dalam setiap amalan, setiap saat, setiap detik serta setiap masuk dan keluarnya nafas hamba. Di sini terdapat dua perkara yang menjadi rukun Ehsan, yakni pertama 'Hendaklah engkau beribadat seolah-olah melihat Allah' disebut dengan istilah MUSYAHADAH. Keduanya pula 'Jika engkau tidak dapat melihatnya sesungguhnya ia (Allah) melihat engkau, diistilahkan sebagai MUROQABAH. Ilmu yang membicarakan perkara yang berkaitan dengan Musyahadah dan Muroqabah ini dikenali sebagai ILMU TASAWWUF. Ini bermakna mempelajari ilmu tassawwuf juga adalah fardhu ain bagi setiap mukallaf. Mempelajari ilmu fekah bagi mengesahkan pekerjaan amal (syariat) manakala mempelajari usuluddin bagi mengesahkan i'tiqod atau pegangan hati dan mempelajari tasawwuf itu bagi melepaskan daripada syirik khafi dan jali serta mengesahkan pahala amal seseorang.

Di zaman Rasulullah belum timbul istilah Fekah, Usuluddin dan Tasawwuf, tetapi kehidupan beragama yang mengandungi Islam Iman dan Ehsan sudahpun ditunjukkan oleh Rasulullah dan telah diamali oleh para sahabat. Perkataan-perkataan dan amalan yang menjurus kepada kehidupan Tasawwuf sudah sebati dengan jiwa para sahabat. Bilal ibni Rabah walaupun disiksa oleh kafir Quraish dengan berbagai seksaan namun kelazatan musyahadah beliau terhadap tuhan yang Ahad telah menghilangkan segala kesakitan jasad beliau. Saiyidina Ali apabila panah tertusuk ke badan beliau meminta para sahabat beliau mencabut panah tersebut sewaktu beliau bersembahyang. Musyahadah terhadap zat tuhan telah menghilangkan rasa sakit pada jasad beliau sewaktu panah dicabut. Saiyidina Abu Bakar setelah habis kesemua hartanya dibelanjakan pada jalan Allah, lantas nabi bertanya 'Apa yang tinggal pada engkau wahai Abu Bakar?' Abu Bakar menjawab 'Allah dan Rasul'. Ini membawa maksud pada pandangan mata hati Abu Bakar dirinya sendiri tidak ada yang ada hanyalah Allah dan Rasulnya sahaja. Selanjutnya Rasulullah berkata ..Sesiapa yang ingin melihat mayat berjalan lihatlah pada Abu Bakar. Yang dimaksudkan dengan 'mayat' di sini Diri yang tiada mempunyai wujud hakiki. Rasulullah dapat memandang jauh ke dalam lubuk hati Abu Bakar bagaimana Musyahadahnya Abu Bakar terhadap Zat Allah yang Wajibalwujud.

Kehidupan bertasawwuf ini dapat juga kita lihat dari perkataan-perkataan para sahabat mengenai pandangan Basyirah (Musyahadah) mereka kepada zat Allah. Telah berkata Abu Bakar "Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat Allah dahulunya" Maka berkata pula Umar "Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat Allah kemudiannya." Berkata pula Uthman "Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat Allah sertanya". Ali pula berkata "Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat di dalamnya Allah". Berkata lagi Saidina Ali k.w.j "Aku duduk pada pintu hati ku dan selain daripada Allah Taala tiada aku beri masuk di dalam hati ku, jikalau ada selain Allah di dalam hati nescaya telah meletak oleh berhala besar dan berhala keci (dalam hati)l". Berkata Umar, "Hatiku melihat tuhan ku dengan cahaya dari tuhan ku." Ali pula berkata, "Aku tidak beribadah kepada tuhan yang tidak aku lihat (dengan mata hati)".

Ternyata para sahabat nabi mempunyai Musyahadah yang berlainan tingkatan martabatnya, namun pokok pangkalnya mereka tidak memandang selain Allah. Inilah setinggi-tinggi pencapaian makrifat kepada Allah dalam hidup beragama. Kalau di syurga akhirat nikmat yang paling tinggi ialah melihat zat Allah dengan mata kepala, maka di atas dunia ini melihat Allah dapat dicapai dengan Mata Hati yakni BASYIRAH. Pengelihatan Basyirah ini ialah dengan melalui MUSYAHADAH. Firman Allah, "Katakanlah (Ya Muhammad) Ini adalah jalan ku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang Jelas (Basyirah). Aku dan para pengikut ku."

Mengikut Syeikh Abdul Qadir Jailani Basyirah yang disebut dalam Quran itu adalah dari ruh asli (Ruhil qudus) yang terbuka pada mata hati bagi auliya. Basyirah tidak akan terbuka dengan ilmu zahir sahaja, tetapi untuk membukanya haruslah dengan ilmu batin yakni ilmu ladunni (ilmu yang langsung dari Allah), sesuai dengan firman Allah: "Kepada dia ku berikan ilmu yang lansung dari aku" . Mengikut Syeikh Abdul Qadir Jailani lagi untuk menghasilkan pembukaan Basyirah manusia mesti mengambilnya dari Ahli Basyirah yakni dengan mengambil Talqin dan Bai'ah dari seorang Wali Mursyid yang dapat menunjukkan pembukaan 'Alam Lahut.

Wallahu a'lam

Sumber Tranungkite

07 Julai 2010

Tasawwuf itu Akhlak

Oleh: attakiri

"Ya Sheikh, bagi pendapatmu, Thoriqat mana yang aku perlu ikuti" tanya seorang pelajar kepada Prof. Dr. Said Ramadha Al-Buthi.
"Saya rasa baik kamu masuk dengan thoriqat muhammad" jawab Dr. Buthi secara bersahaja.
Thoriqat muhammad bukan bermaksud thoriqat muhammadiyyah. Tapi thoriqat muhammad ini bermaksud ialah cukuplah dengan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.

Syria merupakan antara tempat yang paling banyak guru-guru thoriqat. Ini belum termasuk dengan thoriqat yang menyimpang daripada agama. Bahkan sesetengah guru-guru thoriqat mengambil kesempatan daripada ketaksuban ahlinya dengan membuat pelbagai aktiviti yang kadang kala diluar batasan akal.

Saranan Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buthi (Beliau masih hidup lagi kini) ada kebenarannya. Beliau bukan mengingkari thoriqat. tetapi beliau bimbang pemuda yang bertanya itu terjebak dengan thoriqat yang sesat atau penyertaanya dalam thoriqat menyebabkan pengajian wajib ditinggalkan.

Perwatakan Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buthi sama seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. dari sudut ketegasan, kelembutan dan peribadinya. Mungkin pandangan politik berbeza tapi kedua-duanya begitu minat dengan tasawwuf.

Bahkan Dr. Said Ramadhan ini antara ulamak yang mensyarahkan Kitab Hikam 'Atoillah As-sakandari dan Risalah Qusyairiah.

Ini menandakan bahawa beliau bukan anti tasawwuf. Tasawwuf bukan bermakna kita mesti menyertai thoriqat tertentu.

Tasawwuf dengan pengertian mudah ialah proses penyucian hati untuk mencapai tahap kecintaan kepada Allah.

Dengan sebab itu, beberapa himpunan zikir di amalkan supaya hati yang kotor dapat dibersihkan dengan zikir-zikir yang dibaca dan dijadikan amalan harian.

Penulis sering kali menyebut bahawa zikir-zikir yang diulang bukan sekadar untuk membasahi bibir atau untuk meningkatkan darjat semata-mata. Tetapi zikir yang diulang hendaklah diserapi makna dan pengertian dalam diri.

Penulis cukup tertarik dengan penjelasan Tuan Guru Presiden PAS dalam menterjemahkan Tasawwuf sebagai akhlak.

Penjelasan yang ringkas dan mudah difahami.

Ya, Tassawuf itu akhlak.

Penulis pernah melihat seorang yang didakwa ahli sufi, yang menjadi pembaca kitab-kitab tasawwuf, yang mahir dengan ilmu-ilmu dan maqam-maqam tasawwuf tetapi tidak berakhlak dengan akhlak yang baik.

Dalam keadaan pergaulan yang agak bebas dan perkara syubhat dijadikan salah satu sumber pendapatan. Ini akan merosakkan akhlak seorang Muslim yang mengaku diri menjadi sufi.

Ahli Sufi bukannya pembaca kitab sufi. Ahli Sufi ialah mereka yang berakhlak dengan akhlak Nabi.

Sebagaimana Nabi berakhlak dengan akhlak Al-Quran, begitu juga dengan Ahli Sufi.

Oleh itu, elemen tasawwuf menjadi penting kepada gerakan Islam. Hasil daripada penekanan Tasawwuf atau akhlak ini mampu menghasilkan keutuhan dalam Gerakan Islam.

Tasawwuf sentiasa mengajar kepada hambanya supaya sentiasa menjaga hati daripada perasaan hasad, mengumpat, mengadu domba, mempelekeh orang lain dan sebagainya.

Ini antara elemen untuk memperkuatkan gerakan Islam. sebab itu Sheikh Said Hawwa pernah menyebut tentang peri pentingnya kewujudan "Sufi Haraki" (ahli gerakan yang bersifat dengan sufi).

Penekanan tentang akhlak dalam berjemaah, wala' dan thiqah antara elemen tasawwuf yang perlu difahami oleh semua ahli gerakan.

Berakhlak baik merupakan arahan Allah SWT kepada manusia melalui wahyu yang diturunkan kepada para Nabi.

Oleh itu, tassawuf bukan untuk orang tertentu tetapi untuk semua umat Islam dalam memperbaiki akhlak dan membersihkan hati masing-masing.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk Islam.."
Sumber:Tranungkite

14 Jun 2010


Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

02 Jun 2010

Apa nak jadi anak-anak kita...?Hasil Didikan Sekular...Agama No 2

Oleh: hazik

Seorang rakan saya yang menjadi guru di sekolah ada menyebut bahawa murid-murid sebenarnya tidak boleh dihukum secara fizikal dan mental. Katanya lagi, untuk menjeling murid sekalipun adalah tidak dibenarkan.

Inilah arahan yang terpaksa dipatuhi oleh wargapendidik yang menjadi guru di sekolah. Apa yang dilakukan (mendenda, dsbnya) selama ini adalah usaha kecil untuk membentuk murid-murid menjadi warganegara yang berguna.



Hari ini HM (2/6/2010) ada 2 kisah yang perlu dikongsi bersama.

Kisah 1

Di ibukota seorang remaja lelaki (umur 19 tahun) telah memukul bapanya sendiri (umur 40-an) dengan topi keledar di rumahnya di Pandan Indah. Punca kejadian difahamkan sianak berang dengan sibapa gara-gara menonton TV dengan volume yang kuat. Itu saja...

Kisah 2

Di Temerloh, seorang gadis sanggup mencuri barang kemas ibunya yang bernilai RM13,000 dan hasil gadaian itu pula dihadiahkan kepada kekasihnya untuk membeli motosikal.

Itulah dia anak-anak zaman sekarang, tak boleh ditegur dan tak boleh dilarang. Kesan didikan di sekolah tidak akan berjaya jika tidak bermula dari rumah. Ajaran/didikan guru di sekolah juga tidak berjaya jika perancangan dan perlaksanaan pihak atasan tempang dan lemah.

Fikir-fikirkanlah...



Hanyatilah peringatan drp hadis ini.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka rosaklah manusia, iaitu umarak dun ulama." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)

Ada ulama, ulama pun dah mulai hancur, ada ibubapa pun sekarang ibubapa hancur dan ada anak, anakpun sudah tentulah hancur! Na'uzubillah. Tetapi ada kerajaan(yang ada kuasa!) juga kerajaan hancur....boleh di katakan di Malaysia ini semuanya hancur. Bila satu perkara hancur maka semua akan hancur, ianya bermula drp IMAN kepada Allah dan RasulNya.

Itulah kunci kepada kehidupan di dunia ini. Fitrah yang di jadikan Allah di dunia ini adalah sesuatu itu bergantung di antara satu sama lain dan sekiranya terdapat di salah satu fitrah Allah itu hancur maka semua yang berkaitan dengannya akan hancur.

Bila anak di lahirkan tidak di didik dengan IMAN maka menghasilkan ibubapa yang tidak beriman dan sudah tentulah menghasilkan juga peguam, jurutera dan semua di antara kita yang tidak beriman kepada Allah, bila semua rangkaian kehidupan tidak beriman bermakna lahirlah masyarakat yang tidak beriman! Untuk mengelak drp kaum yang berikut terus tidak beriman kepada Allah, maka dengan izinNya, bala pun turun dan menghancurkan semua itu menjadi padang jarak padang tekukur....maka terhapuslah bangsa melayu yang hebat dengan pepatah melayunya "Tak kan hilang melayu di dunia".

Hayatilah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 132. Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".

Surah Al-Baqarah Ayat 133. Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya".

Surah Luqman Ayat 17. Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Tetapi bila manusia(samada anak2, ibubapa, orang2 awam, pemimpin, ulama dan siapa saja) tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka tidak hairanlah semua perkara tidak baik akan berlaku. Apa yang pelik bila ada anak2 lawan guru, anak2 lawan ibubapa, ibubapa lawan ulama, ulama tidak tegur pemerintah, pemerintah laksanakan perkara keji dan macam2 lagi.....tunggu jelah "melayu tak akan hialng di dunia" ini akan lenyap dengan sendirinya....

Kuncinya adalah BERIMANLAH pd Allah dan RasulNya. Orang beriman takut pada Allah, orang beriman takut derhaka pada ibubapa, orang beriman tidak melakukan dosa besar dan orang beriman TAAT pada Allah dan RasulNya...jadi mana adanya orang beriman lawan guru, orang beriman lawan ibubapa, orang beriman ambik rasuah, orang beriman halalkan yang haram....mana ada mcm tu!

Wassalam.

Tranungkite

30 Mei 2010

Kisah Kerajaan Semut

Oleh: PAScamerdeka

"Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…
Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?
Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu.

Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh

Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).

Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.
Sumber Tranungkite

28 Mei 2010

Kalimah Allah Tertera Pada Daging Burger

Berita Oleh: osmantikos

"Menjelang 1430H/2009 iaitu sejak tahun 2006/2007/2008/2009/2010, kalimah Allah telah muncul boleh dikatakan disegenap pelusuk dunia. Ini sudah tentu suatu ‘alamat’ dari Allah Yang Maha Kuasa kepada manusia akan kebangkitan Islam akhir zaman. Tetapi amat sedikit manusia yang memahami akan alamat dari Allah SWT ini.

Terbaru, kalimah Allah tertera pada daging burger selepas digoreng oleh seorang kanak-kanak. Kalimah Allah itu amat jelas kelihatan pada masa mula di masak tetapi huruf aliff hilang selepas semalaman di simpan dan yang jelas kelihatan hanyalah “Lillah”..Subhanallah

Gambar Ihsan dari http://blog.syazwanwi.com

Allah SWT berfirman:

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu. (Fussilat 41: 53)

Actual event: 26 May 2010
Documented: 27 May 2010
Location: Undisclosed

sumber Tranungkite

16 Mei 2010

80% Umat Islam di Malaysia Tidak Solat


"“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.


Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).

Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.

Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:

  • Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
  • Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
  • Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.

Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.

Renungkan Hadis Nabi s.a.w.” Nabi s.a.w. berdabda : Umat Islam akan meninggalkan berpegang dengan hukum Islam satu persatu... dan yang terakhir adalah SOLAT"

Allah berfirman : “Selamatkan dirimu dan keluarga kamu dari api neraka”

Nota : Sehebat mana kita di dunia ini dengan pangkat dan kekayaan…namun kalau tak SOLAT …lansung tak guna…lebih hina daripada ANJING dan BABI

sumber : Tranungkite

HADIS INI AKAN BERUBAH SETIAP MASA-BACALAH

Listen to Quran